Dashboard | +Follow




ABOUT CHAT
about


Hi, please dont read this blog because you might sleep after read the story of me.If my story makes you guys annoyed, im truly sorry.




AC Tiga kosong tiga A // 23.10.15
8:24 AM
Kita start dengan tempat tinggal di cfs lah, selama 3 semester panjang 1 semester pendek, tak lain tak bukan asrama aku, Mahallah Aisyah.


*Salah satu aktiviti yang dianjurkan di Mahallah aisyah*

Gambar bangunan asrama tak jumpa. Atau aku yang tak pernah ambil gambar asrama. So far tinggal situ alhamdulillah most of the thing okay. Cuma cafe problem sikit. Normal,mana mana kedai makan selain dari rumah sendiri, mestilah kurang sikit dia punya kebersihan.Bilik? ikut kepada bilangan orang dalam tu lah. Kalau ramai, maka sempit lah. kalau kurang dari 6 orang, maka taklah sempit sangat. Tapi paling ramai pun office akan letak 8 orang. Masih boleh bernafas dan bergerak alhamdulillah. So mulanya dapat aras 4 untuk semester pertama dan 8 orang yang stay dalam bilik yang pada mulanya rasa macam sempit teramat, tapi bila dah terbiasa, okay je. Kot. Then semester 2 heaven sebab dapat bilik kat bahagian selekoh so bilik dia besar lah sikit. dan hanya 6 orang je satu bilik. So boleh terasa besar lah. Dan bilik ni kekal sampai aku habis asasi. cuma semester last, dari bilangan 6 orang kembali pada 8 orang. Mungkin sebab pengambilan new intake. So tak muat, kena sumbat balik. But then best je. Tambah dua orang yang mula mula tak kenal, tapi diorang senang nak kenal :)
Bercerita panjang pasal bilik, asrama. maka kita bercerita pula pasal Roomates. Im happy I met them in my life! rite now missing them. First Semester , Siti suriati ( Ati) , Syahira syafika ( Sya), Fadhilah ( Fad ) , Najihah Che Ani ( Jiha) ,  Amira Rosdi ( Mira) , Nasuha Hazwani ( Wani), Nurul Nasuha (Chua). Then bila second semester berapa orang je ambil short sem. so ada 5 orang je yang stay. Then move to Third semester, ati dan sya dah tak satu bilik dengan kami, sebab office dah tetapkan satu bilik 6 orang. Then semester keempat, office tetapkan 8 orang balik satu bilik, tapi yang lagi dua orang tu, ahli baru ; Alin dan Iffah. 

Nak cerita pasal kenangan, banyak sangat ; prank sambut birthday, berbuka candle light dinner, practice speaking test, Pwtc, Jalan tar, Times square , study group, supper makan biskut cicah teh, Klcc, senam robik dalam bilik dan tempah bilik yang ada cermin semata mata nak feel senam robik, tutorial shawl, terawih, moreh, Talk Heliza helmi ( Baju tshirt sama semua), Dayang senandung, Picnic burger Ramly kat taman jaya. Naik basikal, Main buih balloon. Jogging setiap pagi weekend (kalau rajin) Basketball, Badminton, And so on. Yang paling best setiap kali balik dari cuti panjang, penuh makanan, and paling nikmat bila dapat berkumpul makan sekali. Memang bilik kami lah paling bising. Sorry ya jiran jiran sebelah.



Lots of Love, Aina


2 Comment(s)